
Video Untuk Saper-saper Yg Tension/Stress.
Kalau korang tak gelak tak tau lar aku nak cakap apa...

Haiz...tak tau kenapa hari ni aku rasa tak semangat jer. Fikiran aku agak terganggu memikirkan banyak benda yang berkaitan dengan hidup aku di saat ini. Bersedia lar untuk membaca luahan rasa aku ni XD hehehe...
Aku kadang-kadang memang akan mengalami sindrom begini...secara tiba-tiba aku akan mula rasa muram dan tak bersemangat. Adakah kerana kekurangan motivasi? Adakah kerana aku terlalu penat? Adakah aku datang bulan...opps..ni out of question :-p Adakah? Adakah?
Well...sebenarnya aku agak gusar sebab kehidupan aku amat lar static dan terlalu sikit masa untuk aku luangkan terhadap apa yang aku suka. Perjalan ke kerja dah memakan lebih kurang 1 jam 30 minit di sebelah pagi nyer dan 2+ jam di waktu aku mau pulang. Kira nyer aku dah membazirkan lebih kurang 3-4 jam sehari hanya untuk ke tempat kerja. Ohh masa ku~~. 3-4 jam ni aku kira-kira cukup untuk aku buat banyak benda lain seperti membangunkan game aku sendiri, menulis blog, bermain game, dan apa sahaja yang productive untuk hidup aku ini. Perjalan ke tempat kerja amat lar memenatkan..yer aku tau ini bukan alasan kalau aku nak betul-betul berjaya tapi aku tetap mempunyai limit nyer tersendiri dan ada masa aku akan jatuh & bangun.
Kerja ~~ bukan aku tak suka kerja aku ini. Aku amatlar bersyukur diberikan peluang kerja di dalam bidang yang aku rasakan aku boleh buat yang terbaik dan aku bernasib baik kali pertama bekerja sudah mendapat kompeni yang baik. Tapi ada sesuatu yang "Missing" dan antaranya adalah rakan. Aku agak buhsan di saner...tiada rakan untuk bersembang, mengumpat, buat lawak extreme, pau makanan dan sebagainya. Hehe..boleh kira aku ni kesepian lar. Well...tempat aku kerja hanya aku sorang lelaki melayu terakhir dan the only one XD Rindu plak masa zaman masih belajar dulu..di kelilingi rakan-rakan :)
Aku memang plan untuk bekerja sendiri tapi terdapat beberapa perkara mesti aku capai sebelum aku mula berdikari. Pertama sekali aku harus mempunyai RM20k dulu paling kurang di dalam simpanan. Untuk apa RM20k ini? Well...ni untuk secure janji aku pada orang yang tersayang :) Kedua aku harus mempunyai steady income dari source yang lain dan ianya totally bukan dari gaji kerja aku sekarang. Tak banyak aku target...cukup bayar bill dan makan sudah untuk permulaan :P
Dua target di atas masih jauh untuk aku capai. Masa menjadi issue utama aku~~~ Ahh..tidak!!!!
Ok..dah luah dah. Baru lar lega sskit :) Yosh...bersemangat lar idzuan!! *tepuk-tepuk bahu sendiri*

Hari ni pagi-pagi lagi aku kena bagun sebab nak kena pergi kenduri kawin kat Selayang. Apa ntah nama tempat tu...Greenwood kalau tak silap aku.
Aku macam biasa lar, mana lar reti sangat bab-bab jalan ni tapi nasib baik lar kali ni aku follow Paksu aku. Hehehe. Paksu ni dah lar bawak kereta agak brutal gak...nasib baik yang mengekornyer adalah aku yang memang kadang-kadang bawak kereta agak brutal (kadang-kadang jer ek...aku ni pemandu berhemah).
Makan kat sana ok lar. Tapi yang menariknyer cenderhati yang diberikan kat situ/ First time aku dapat yang jenis gini.

Ada bunga telur, mini labu sayung, jeruk dan sedikit daun wangi. Semuanya diisi di dalam beg pink tu. Hem...jeruk dan labu sayung..first time aku dapat cenderhati gini.
Balik dari kenduri tu adalah dalam pukul 1 lebih. Drive lar macam biasa..tup-tup lepas tol Sungai Besi menuju ke Mines tu jem giler. Aku ingatkan ada eksiden tapi takde menda pun. Yang dapat kulihat semuanya berpunca dari simpang nak ke Mines tu..tak tau sebab apa orang ramai gila nak ke Mines hari ni. Korang tau ke?
Hampeh betul...jem tu dah membuang masa aku nak dekat 40 minit. Dah lar hari ni panas giler so tersangat lar dahaga masa drive balik ni. On the way nak dekat sampai area rumah aku ternampak lar orang ada jual air kelapa muda. Tak boleh jadi ni..aku apa lagi, terus jer berhenti dan beli 2 biji sekali. Siap cakap "Bro..jangan lupa letak ais sekali ek..panas ni". Hehe...best nyer minum air kelapa yang sejuk di waktu panas memuncak ni....segarnya XD.

Sori lar...sempat amik aksi aku makan isi kelapa jer. Air nyer dah selamat dah awal-awal lagi so tak sempat nak snap gambar :-P Dahaga...mana boleh tahan kan.

Wohoo....
Akhirnya keluar jugak expension game World Of Warcraft yang aku duk tunggu2 selama ni. Hem..untuk pengetahuan korang aku dah main game ni lebih kurang nak dekat 2 tahun dah. Aku awal2 lagi dah pre-order game ni masa diaorang umum expension baru akan release dalam 13 November 2008*hehe..semangat tak aku?*. Huhu..tapi malangnya aku tak dapat amik sendiri game tu sebab hari tu aku kerja dan tersangat lar busy. So aku terpaksa lar suruh abang aku pergi amikkan order aku kat Parkson Subang. Hem...mesti korang ingat "Bagusnya abang dia ni..sanggup redah jem untuk si Idzuan nyer game" -_- Eleh...dia pun ada order sekali. Semua adik beradik aku main game ni lar...hehe...ni semua hasil daripada pengaruh aku :P
Nak di pendekkan cerita balik2 jer kerja aku terus rush ke rumah abang aku untuk amik aku nyer game tu. Nah...macam ni lar pack dia.

Hoho...excited nyer....dan dibawah adalah kandungan dalam beg di atas nun./
Yang belah kiri sekali tu adalah poster, yang tengah plak dia nyer game box dan last sekali yang belah kanan tu mousepad special edition...hanya yang pre-order jer dpt tau XD Mcm ni lar mousepad dia.

Ok..it's time untuk bukak game box dia. Tadaaa...ni lar benda yang ada dalam game box.

Ada CD, buku panduan, invitation card, dan katalog product2 Blizzard yang lain. Hem..semua2 ini berharga RM168 XD Mahal kan...huhu...tapi xpelar..dah minat nyer pasal.
Ok....time to play!!!!!! Adios!!!!

Tepuk2......
Akhirnya buat jugak aku blog ini. Punya lar asyik bertangguh dari dulu lagi...ish2 *menggeleng2 kan kepala*. Mula2 tu tak plan plak nak buat hari ni tp entah kenapa tiba2 aku boleh merajinkan diri create akaun Blogspot ni masa smbil2 menunggu drama jepun aku habis load. Dah siap create tu mula2 ingat nak pakai jer template blog yang sedia ada tapi aku macam mana lar boleh jadi xpuas hati dan tak tau bersyukur :-P apa lagi...mula lar search2 di Google dan jumpa plak template ni, aku pun tanpa membuang masa terus sapu jer lar. Ingat usaha aku yang xseberapa ni nak berhenti sampai situ jer tapi rupanya tidak!! *mata berapi*...aku dengan penuh semangat mula lar meng-edit2 template ni. Tweak saner, tweak sini pastu cari lar gambar yang aku rasakan dapat menunjukkan kehenseman diri ini untuk letak kat header di atas nun.
Owh...drama jepun aku dah habis load. Ok lar...JDrama come first k :-p Nanti lar aku update lagi blog ni. Bye~~